Pajeri Nanas


Bahan-bahannya:
  • 1/4 biji nenas, dipotong segitiga
  • 2 ulas bwg merah, 2 ulas bwg putih, 1/4 inci halia dan 1 sudu teh udang kering - dikisar
  • 3 helai daun kari
  • 1/2 sudu besar serbuk kari - dibancuh sedikit dgn air
  • 1 sudu teh rempah campuran - halba, jintan dan biji sawi
  • 1 sudu teh pes cili
  • Sedikit rempah menumis - bunga lawang, kulit kayu manis,bunga cengkih
  • 3 sudu besar santan
  • 1/2 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula sebagai perasa

Cara-caranya:
  1. Tumis rempah penumis dengan daun kari hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah campuran. Kacau dan masukkan pula bahan yg dikisar tadi.
  3. Kacau lagi dan masukkan pes rempah kari.
  4. Apabila sudah agak memekat, masukkan nenas dan pes cili.
  5. Kacau seketika, masukkan santan dan kerisik.
  6. Perasakan garam dan gula.
  7. Kacau perlahan hingga naik minyak.
  8. Enak dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak.


cari

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...