Biskut Rangup Earl Grey



Bahan-bahan ( 40-50 keping )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula
  • serbuk teh dari 4 uncang teh Earl Grey
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
  1. Satukan tepung, gula, serbuk teh, dan garam didalam satu mangkuk
  2. Potong dadu kecil-kecil butter. Gaul dan ramaskan butter kedalam adunan tepung sehingga sebati. Gunakan hujung hujung jari ketika menggaul dan meramas. Jangan seperti menguli.
  3. Masukkan esen vanilla. Bentukkan doh seperti keropok lekor (bulat dan panjang). Gulungkan dalam plastik dan masukkan fridge lebih kurang 5 minit supaya mudah dipotong.
  4. Potongkan doh tadi nipis nipis lebih kurang 1/2 cm dan bakar selama lebih kurang 20 minit dalam oven 180 darjah.
*NOTA : Gunakan teh Earl Grey brand Twinnings sebab aroma bergamot dia memang terasa. Kalau saiz biskut ini sebesar duit 50 sen, adunan diatas akan memberikan lebih kurang 50 keping biskut.


Koleksi Resepi Dari myresepi.com

cari

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...