Kek Coklat Kukus



Bahan-bahan ( 1 fmly )


  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan milo
  • 1 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 biji telur (dipukul)
  • 1 cawan air panas
  • Coklat Ganache Bahan-bahan: 100gram coklat masakan 50ml UHT
  • whipping cream 1 sudu teh mentega

Cara-cara

1. Panaskan kukusan

2. Satukan bahan² kering : tepung gandum, serbuk koko, milo, gula pasir, soda bikarbonat dan baking powder. Gaul rata.

3. Masukkan pula susu cair.. kacau sebati kemudian masukkan minyak masak dan 3 biji telur yg telah dipukul..kacau lg sampai sebati

4. Last skali masukkan air panas...kemudian kacau sebati..

5. Masukkan dalam acuan loyang yg telah disapu sedikit minyak & kukus dalam kukusan yg telah dipanaskan td selama 1 jam. Biar sejuk baru tuang coklat ganache di atasnya.

6. cara-cara Coklat Ganache : Satukan coklat & whipping cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan dengan kaedah double boiler. Bila cair matikan api & masukkan butter. Gaul rata. Biar suam baru tuangkan ke atas kek coklat tadi.

7. Tips : Pastikan tudung kukusan kering [dilapkan] dan tutupkan tudung kukusan dgn kain bersih supaya kek tidak merekah di bhgn tengah... Selamat mencuba.


Koleksi resepi oleh Madam (myresepi.com)

cari

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...