Kuih Samprit




Bahan-bahan ( 50 biji )

  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula dikisar halus
  • 1 kuning telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • chocolate chips untuk hiasan

Cara-cara
  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Di dalam satu mangkuk, pukul butter, gula hingga kembang. Masukkan kuning telur, vanila, dan kacau sebati.
  3. Masukkan tepung (gandum dan kastad) sedikit demi sedikit sehingga habis. Adunkan dengan tangan sehingga menjadi doh lembut.
  4. Tekan dengan acuan kuih samprit dan hiaskan dengan chocolate chips. Bakar selama lebih kurang 20 minit.

NOTA: Biskut ini sederhana manis. Jika anda gemarkan lebih manis, sila lebihkan gula.


Koleksi Resepi Dari myresepi.com

cari

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...