Ayam Percik

 

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam- saya gunakan 5 ketul drumsticks dan 4 ketul thigh fillets
  • Bahan kisar -
  • 3 ulas bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 btg serai
  • 7 tangkai cili kering1 cawan air asam jawa
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam dan gula sebagai perasa

Cara-caranya:
  1. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan air asam jawa dan gula.
  3. Apabila agak mendidih, masukkan ayam.
  4. Kemudian masukkan santan.
  5. Kacau hingga kuah agak mendidih dan perasakan garam.
  6. Apabila ayam sudah separuh masak, angkat ayam dan isikan ke dlm baking tray/casserole dish.
  7. Panaskan oven 180C.
  8. Masak lagi kuah hingga pekat.
  9. Kemudian tuangkan separuh dari kuah tadi ke atas ayam dan masukkan ke dlm oven.
  10. Bakar ayam selama lebih kurang 30minit.
  11. Sapukan baki kuah tadi ke atas ayam semasa proses membakar.
  12. Enak dihidangkan bersama couscous atau nasi.


cari

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...