Bahan-bahan:
* 1 ekor ayam - dipotong dua
* 5 ulas bawang merah - ditumbuk
* 3 ulas bawang putih - ditumbuk
* 1 labu bawang besar - ditumbuk
* 3 batang serai - ditumbuk
* 2 sm halia - ditumbuk
* 1 liter santan
* 1 keping asam gelugur
* Garam secukup rasa
* Gula secukup rasa
Bahan-bahan perap:
* 1 ulas bawang putih - ditumbuk
* 1 sm halia - ditumbuk
* 1 batang serai - ditumbuk
Cara menyediakan:
1. Mula-mula, lumurkan ayam dengan bahan-
bahan perap selama 15 minit.
2. Kemudian, panggang ayam ini separuh masak.
3. Pastikan ayam ini dibalik-balikkan setiap lima
minit supaya ia masak dengan sekata.
4. Sementara itu, masakkan santan bersama
bawang merah, bawang putih, bawang besar,
serai, halia, asam gelugur, garam dan gula.
5. Kacau sekali-sekala supaya santan tidak
berketul-ketul.
6. Apabila santan pekat dan pecah minyak,
percikkan kuah tadi ke atas ayam panggang yang
hampir masak.
7. Bakar ayam ini lagi sehingga ia benar-benar
masak.
(Jika mahu menjimatkan masa, ayam ini boleh
direbus terlebih dahulu sebelum dipanggang.)