Agar-agar Kering

Bahan-bahan:
* 50 gm agar-agar - direndam lembut dahulu
* 400 gm gula
* 1 cawan gula batu
* 6 gelas air
* Daun pandan
* Pewarna merah dan hijau

Cara-cara buat:
1. Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.
2. Masukkan gula dan gula batu dan masak lagi hingga kesemua gula
telah hancur. Apabila gula sudah hancur dan pekat matikan api.
3. Tapiskan larutan gula tersebut dan masukkan dalam 2 atau lebih bekas/loyang.
4. Masukkan satu pewarna dalam setiap satu loyang. Kacau rata dan
sejukkan. Bila telah keras potong mengikut saiz yang sesuai.
5. Agar-agar yang dipotong hendaklan tidak terlampau kecil kerana ia
akan mengecut apabila dijemur.
6. Agar-agar yang telah siap dipotong boleh di susunkan dalam dulang
dan jemur ditengah panas sehingga betul-betul kering.
7. Agar-agar yang dipotong perlu kerap dibalik-balikkan agar kesemua
bahagian agar-agar kering dengan sekata.
8. Agar-agar yang cukup kering boleh simpan dalam bekas yang kering.

cari

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...