Kari Ikan Bawal Hitam

Bahan-bahan:

* 600 gm ikan bawal hitam - dibersihkan
* 2 tangkai cili hijau - dibelah 2
* 3 ulas bawang putih - dikisar
* 1 labu bawang besar - dikisar
* 3 paket rempah kari ikan
* 1 sudu besar serbuk cili - jika suka
* 1 sudu besar serbuk kas-kas
* 1/2 cawan air asam jawa
* 1/2 cawan santan cair
* 3 cawan air
* 2 tangkai daun bawang - dikerat 2 sm
* 7 biji bendi
* 2 tangkai daun kari
* 2 biji tomato - dibelah 4
* Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk ditumis:

* 1 labu bawang besar - dihiris
* 1 biji tomato - dihiris
* 2 tangkai cili hijau - dibelah 2
* 1 batang serai - dititik
* 2 sm halia - diketuk
* 1/2 cawan minyak

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak di dalam periuk dan
masukkan bahan-bahan untuk ditumis.
2. Menggunakan api perlahan kacau bahan
tumisan ini hingga berbau harum.
3. Masukkan pula daun kari dan bahan-bahan
yang dikisar.
4. Masukkan rempah kari ikan serbuk cili dan
serbuk kas-kas. Kacau hingga rata.
5. Apabila pecah minyak, masukkan 3 cawan air.
6. Kemudian, masukkan air asam jawa dan
santan.
7. Selepas itu, masukkan ikan bawal.
8. Apabila kuah mulai menggelegak, masukkan
bendi, tomato dan cili hijau. Kacau.
9. Biarkan hingga mendidih, baru dimasukkan
garam dan daun bawang. Kacau hingga rata dan
padamkan api.

cari

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...