Ketam Goreng Sos Bertelur

Bahan-bahan:
* 1 kilo ketam - buka cengkerangnya dan buang insang n poket bhn
buangan-potong 2 jika saiznya agak besar. Cuci bersih dan toskan.
* 2 sudu makan serbuk kunyit
* 1 labu bawang besar*
* 4 ulas bawang merah*
* 3 ulas bawang putih*
* 2 batang cili merah*(nak pedas lagi boleh tambah cili padi)/boleh
juga guna cili kisar
* 4 sudu besar sos cili
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar sos plum(optional)
* 2 biji telur ayam-pecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
* 1 cawan minyak masak(agak2 jer)
* Garam dan gula secukup rasa
* Air secukupnya
* Tomato(optional-potong berbaji

Cara-cara:
1. Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar,tabur garam dan
serbuk kunyit. Tampikan bekas supaya ketam bergaul mesra dengan garam
dan serbuk kunyit tadi. Tidak perlu gaul menggunakan tangan atau
senduk. Kisar bahan bertanda
2. Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan untuk sekejap
sahaja..jangan goreng lama2 nanti isi ketam akan keras. Goreng sampai
habis termasuk kulit(cengkerang)sekali(yg bertelur)
3. Setelah habis menggoreng ketam,gunakan minyak yang sama(jika masih
banyak kurangkan sedikit sehingga tinggal dalam setengah cawan).Tumis
bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau n kekuningan.
4. Masukkan semua jenis sos sambil dikacau sebati. Masukkan air
secukupnya(dlm 1 cawan gitu),perasakan dengan garam n sedikit
gula/perasa
5. Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat barulah masukkan ketam
yang sudah digoreng tadi..gaul rata.Jika suka masukkan tomato yang
dipotong berbaji
6. Setelah bahan2 sebati dengan ketam tadi,masukkan telur ayam dan
kacau seketika
7. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan..Selamat Mencuba!

cari

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...