Kari Laksa

BAHAN KUAH KARI LAKSA :-)
* 2 liter air rebusan kulit udang
* 1 cawan susu sejat "IDEAL" (sapa nak guna santan pun ok)
* 7 biji tauhu "pok", dikerat dua
* 1 genggam daun kesom
* 1 kuntum bunga kantan, belah 2
* 1 1/2 camca besar rempah kari ikan, bancuh dengan sedikit air
* 1 tin tuna, toskan dan tumbuk lumat
* 1 camca besar kerisik
* 3 keping asam gelugor
* Garam dan gula secukup rasa
* 1 biji bawang besar*
* 6 biji bawang merah*
* 2 ulas bawang putih*
* 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
* 1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
* 2 biji cili merah*
* 3 biji buah keras*
* 1/2 inci lengkuas*
* 1/2 inci kunyit hidup*
* 1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

BAHAN KARI LAKSA :-)
* Mee laksa secukupnya
* Telur rebus, dibelah 2
* Taugeh, dibuang ekor
* Hirisan timun
* Hirisan bawang besar
* Hirisan pucuk kesom
* Fish cake, digoreng dan hiris nipis
* 10 - 15 ekor udang sederhana besar, asing kan kulit, dan celur,
rebus kulit untuk stok
* Sambal belacan - 3 biji cili merah + 1/2 inci belacan dibakar +
sedikit garam = tumbuk lumat
* Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus
hingga harum, masukkan rempah kari, masak hingga terbit minyak, kacau
kerap untuk mengelakkan hangus. Tambah air rebusan kulit udang dan
asam gelugor. Bila mendidih, masukkan kerisik, daun kesom, bunga
kantan dan ikan tuna, kacau rata. Tambah tauhu pok dan juga susu
sejat, perlahan kan api dan kacau selalu. Masukkan garam secukup rasa
dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan, rasa dan matikan api. Jangan
mendidih lama sangat lepas letak susu, nanti kuah jadi tak cantik,
kalau rasa nak tambah kuah lagi pun ok.

2. UNTUK KARI LAKSA :- Dalam mangkuk atau pinggan mungkum yang sesuai,
letak laksa secukupnya. Cedok kuah bersama tauhu pok dan curah atas
laksa tadi hingga tenggelam, hias dengan bahan lain dan juga sambal
belacan serta di akhiri dengan limau kasturi. Perah limau semasa
menikmati laksa......enjoyy!!!

cari

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...